Saturday, February 12, 2011

Thursday, February 3, 2011

Wednesday, February 2, 2011

:)

Lembut wanita krna tutur katanya.. Mesra wanita krna senyumannya..
Patuh wanita krna setianya.. Akal wanita krna beraninya..
Sabar wanita krna imannya.. Kasih wanita krna belaiannya..
Lemah wanita krna airmatanya.. Ikhlas wanita krna simpatinya..
Dendam wanita krna cemburunya.. Syg wanita krna sifat keibuannya..
Tanpa wanita lelaki lmah.. kerna wanita lelaki kalah.... :)

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor  sufi, pada suatu hari pernah didatangi
seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu
berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan  Guru, sepanjang hidup
saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang
lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun,
saya sudah mengaji. Saya juga bukan  pemalas yang enggan mencari
rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh
kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah
roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia  yang
miskin namun wajahnya tak pernah  keruh dan selalu ceria. Sebab
menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah  muka
masam yang   membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia
pun
berjanji  akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya  senantiasa berseri. Setiap kesedihan
diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia
tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.  Keserasian selalu
dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.
Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan
suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan
Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi
paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya
rumah tangga jika suami isteri  selalu berwajah tegang. Sebab tak ada
persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan
ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah
cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat  diatasi. Inilah
yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan
kasih sayang.

Anda ingin beramal soleh...? Tolong kirimkan kepada  rakan-rakan
muslimlainnya yang anda  kenal.

Lelaki kacak untuk didampingi

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat
dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa
Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.


Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila
seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang
mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila
selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli
keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan
datanglah dua malaikat;Munkar dan Nakir cubauntuk
memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat
membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal
dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang
kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke
syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala
dengan suara yang kuat.""Janganlah engkau bimbang.
Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak
akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai,
orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu
hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari
malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu
adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat
Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa
berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita
adalah orang-orang yang rugi. Cubakita renungkan
sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah
ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan
mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun
untuk tempoh sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi ! yang
akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali
amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah
menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung
dan janji Allah itu adalah benar.

Wallahua'lam

aku suka perempuan bertudung

 aku suka perempuan bertudung.. ohhhhh betapa maniehhhnya nampak awek bertudung n pandai bergaya² nih.. walaupun xbertudung pun ada yang nampak lagi chun tp aku ttp dgn awek bertudung . ples awek2 malaya sila pakai tudung. hahHAHAHA.. bg la aku ngorat hampa samaa.. haihhh